5 - Tamadun Islam di China

BAHAGIAN PERTAMA

PENDAHULUAN
Tamadun China adalah sebuah tamadun yang lama bertahan, iaitu sejak 4000 tahun yang lalu, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan disebabkan pencerobohan kuasa asing.

Sejarah Tamadun China bermula dengan lembah sungai. Di utara bermula dengan Huang He (Sungai Kuning) Sekitar 3950–1700SM). Sungai ini mengalir dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi Utara China sehingga ke Teluk Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu. Dibangunkan masyarakat tani semi tetap, pada era Neolitik kebudayaan Yangshao. Tokoh terkenal Huang Ti (Maharaja Kuning 2000SM).

Di Tengah dan Selatan China, bermula dengan Sungai Yangtze, terpanjang di China (3915 batu), mengalir dari Gunung Qinghai dan Tibet membelah ke bahagian Timur China berakhir di Laut China Timur. Kesan kehidupan Neolitik ditemui di wilayah Guangdong dan kesan kebudayaan Peng-Keng turut dikenalpasti di Taiwan (5000-3000SM.).

SEJARAH RINGKAS TAMADUN CHINA
Sejarah perkembang tamadun China boleh dilihat dalam empat zaman:
- Zaman Pembinaan
- Zaman Keagungan
- Zaman Peralihan dan
- Zaman Moden

ZAMAN PEMBINAAN
Iaitu tahap awal pembinaan, muncul pelbagai dinasti (Dinasti Hsia-Chou- Hin), muncul sistem politik monarki dan era feudalisme. Zaman Dinasti Chou timbul peperangan akibat kelonggaran sistem pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuan tanah di wilayah masing-masing. Hasilnya muncul pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme dan Legalisme yang memberi sumbangan besar kepada Tamadun China. Kemunculan Shih Hwang Ti (221-210SM.) China dapat disatukan.

ZAMAN KEAGUNGAN
Bermula dengan zaman Dinasti Han (206SM-23M di Han-Barat dan 25-265M Han-Timur), menguasai wilayah yang luas dan cekap mentadbir. Penduduk seramai 60 juta. Dinasti ini berakhir dengan pemberontakan dalaman diikuti zaman kekacauan selama 350 tahun, berlanjutan hingga zaman Dinasti Tang.

Dalam pada itu juga tamadun China turut menyaksikan kehadiran Pengaruh Islam sebagaimanan direkodkan dalam “Chinese Annals” mengenai kisah orang Arab dalam Dinasti Tang sekitar (618-907M.). Pelbagai bangsa yang beragama Islam mendiami negara China seperti; Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik, Uzbek, Tartar, dan Baoan. Rentetan daripada itu muncullah masyarakat China Islam yang terdiri di kalangan kaum Hui.

Zaman Maharaja Yong Hui (651M), Dinasti Tang dicatatkan kehadiran utusan Khalifah Saidina `Uthman bin `Affan ke Cangan/Xian. Hubungan diplomatik yang dianggap paling menyerlah berlaku pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368).



Kemuncak keemasan berlaku pada zaman Dinasti Ming (1368-1644). Menurut catatan rasmi orang-orang China, hubungan antara Arab Parsi dengan China melalui darat dan laut. Dikatakan kapal-kapal dagang China telah sampai ke Teluk Parsi sejak abad ke-5 masehi lagi.

Saad bin Abi Waqas dikatakan pernah sampai ke China, diperkuatkan lagi dengan kata-kata Saidina Umar r.a.: ”Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China”. Panglima Islam Qutaybah bi Muslim dikatakan pernah menguasai Singkiang dan mara ke Kansu. Pada tahun 713M. hubungan dengan Maharaja Hsuan turut diadakan. Melihat kepada perkembangan sejarah berkenaan, menunjukkan Islam datang ke China sejak zaman Rasulullah s.a.w. Lagi.

ZAMAN PERALIHAN
Bermula dengan pencerobohan orang Gasar. Pada pertengahan abad ke-13, bahagian Utara China ditakluki oleh Monggol. Dinasti Song terpaksa berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271M. Di bawah pimpinan seorang petani Buddha Dinasti Ming kembali berkuasa. Namun pada tahun 1644, orang Manchu pula menguasai sehingga kedatangan ancaman Barat pada abad ke-19.

ZAMAN MODEN
Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar 1839-1842, apabila China dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu. China diaibkan dengan syarat perjanjian yang tidak adil menyentuh kedaulatan China. Dalam pada itu pengaruh Barat mula meresap dan menghambat keluar amalan dan nilai tradisi tempatan. Para intelektual China mula mengkagumi sistem demokrasi ala Barat dan ideologi Komunis. Komunis berjaya menguasai China pada tahun 1949. Ekoran daripada itu, cabaran terhadap nilai-nilai tradisional mula dirasakan, pengaruh ideologi Barat mula tersebar. Pengaruh Marxisme oleh parti Komunis China pimpinan Mao Zedong (1949-1976) mula membara. Implikasi daripada itu beberapa perubahan mula berlaku




BAHAGIAN DUA

- Pengenalan
- Jatidiri masyarakat China
- Etnik-etnik China
- Budaya masyarakat China
- Sistem Sosial masyarakat China
- Nilai-nilai Dalam Bidang Pendidikan
- Kesimpulan.

PENGENALAN
Tamadun China wujud sejak 5,000 tahun dahulu. Tamadun terawal dikesan di lembangan Sungai Kuning. Budaya China terbentuk hasil daripada percampuran berbagai elemen etnik

JATIDIRI MASYARAKAT CHINA
Kuat mempertahankan budaya nenek moyang. Menganggap diri mereka lebih bertamadun daripada bangsa lain. Amat menghargai hasil minda (idea) orang lain. Amat mengambil berat tentang sejarah dan budaya bangsa.

ETNIK-ETNIK CHINA
Terdapat lebih 54 kelompok etnik. Han adalah kumpulan etnik paling dominan. Banyak etnik lain terasimilasi dalam etnik Han. Nama keluarga mengamabarkan asal-usul mereka.

BUDAYA MASYARAKAT CHINA
Budaya adalah identiti masyarakat China. Setiap amalan mengambarkan maknanya yang tersendiri. Amalan budaya dan pantang larang menjadi pengikat persaudaraan orang China. Masyarakat China mempercayai kewujudan dan peranan alam roh atau dewa-dewa.

SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CHINA
Mementingkan hirarki sosial. Mengutamakan hubungan kekeluargaan. Pematuhan dan Pengaplikasian norma sosial menjadi asas kepada kewujudan keharmonian sosial. Prinsil Lima Hubungan (wu lun) adalah teras hubungan sosial.

NILAI-NILAI DALAM PENDIDIKAN
Upacara budaya seperti perayaan disambut semua lapisan masyarakat. Perayaan berperanan sebagai pengikat tali kekeluargaan. Amalan tradisi dianggap sebagai jatidiri atau pengenalan orang China. Tanpa amalan tradisi China mereka dianggap hilang nilai kechinaannya. Pendidikan dianggap penting dalam mengekalkan masyarakat berilmu, beradat dan berperadapan.

KESIMPULAN
Negara dan bangsa China berjaya mengekalkan kelangsungan tamadunnya dalam tempoh masa yang panjang kerana mereka kuat mempertahankan nilai budaya mereka. Walaupun mereka pernah dijajah oleh bangsa bukan China, tetapi keutuhan budaya China berjaya menchinakan bangsa yang menjajah mereka.



BAHAGIAN TIGA

1. KANDUNGAN:
- Kepercayaan dan falsafah
- Pandangan Semesta
- Nilai-nilai murni

2. HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat Menghuraikan kepercayaan dan falsafah, pandangan semesta dan nilai-nilai murni tamadun China

3. PENDAHULUAN
Fokus perbincangan dalam tajuk ini ialah membicarakan tentang sistem kepercayaan dan kewujudan beberapa falsafah yang diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan. Pandangan semesta masyarakat Cina yang berkaitan dengan alam. Nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat dan kesannya dalam kehidupan.

4. KEPERCAYAAN

4.1 Kepercayaan Primitif/Animisme

- Menyembah unsur alam.
- Banjir dan kemarau merupakan gambaran kemarahan dewa.
- Keharmonian alam terdapat dalam konsep Feng-Sui @ angin, air, iaitu perlunya satu kehidupan harmoni dalam persekitaran semula jadi kerana ia membawa tuah.

4.2 KONFIUNISME
Diasaskan oleh Kong Fu Tze (nama sebenar Kung Chiu ). Ajaran beliau ditulis dalam Analects atau Lun Yu. Kandungan ajaran;
- Mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia.
- Mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
- Merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar manusia berakhlak mulia.

4.3 DAOISME @ TAOISME
Diasaskan oleh Lao-Tzi (Li Peh Yang) dan ajarannya ditulis dalam buku ‘I-Ching’ (The way and Virtue). Taoisme berasal daripada perkataan “Tao” yang bererti “jalan atau cara dan kuasanya”.
Konsep “jalan” merujuk kepada arah dan cara alam semesta. konsep “kuasa” merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta. Kandungan ajaran;
- Dunia manusia adalah buruk, kejahatan adalah usaha manusia untuk mendapatkan sesuatu yang tidak dapat diperolehi dengan baik (nafsu). Jika manusia tidak mengejar denda-benda ini, maka dunia akan aman dan tidak banyak undang-undang yang diperlukan.
- Tidak setuju konsep kepimpinan melalui tauladan kerana mustahil sikap baik pemerintah boleh dicontohi oleh rakyat dalam negara yang luas.
- Mengajak manusia bertapa di gua-gua untuk menghapuskan dosa.



4.4 BUDDHA
Berasal dari India dan diasaskan oleh Gautama Buddha. Ajaran Buddha sampai ke negara Cina pada tahun 339M oleh Fa-Hsien. Ajaran Buddha diterima oleh masyarakat Cina kerana:
- Bersifat terbuka dan senang difahami.
- Berlaku asimilasi dengan falsafah Daoisme dan Konfisiunisme .
- Kekacauan dan peperangan yang berlaku dalam negara. Beragama menenangkan masyarakat Cina yang berada dalam kesusahan disebabkan berlaku peperangan dan huru-hara.
- Terdapat persamaan dengan falsafah Daoisme

5.0 PANDANGAN SEMESTA

5.1 T’ien
- Merujuk kepada langit (Heaven) secara fizikal.
- Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan langit.
- Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia.
- Dirujuk kepada teori metafizik China.
- Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya.

5.2 Di @ Ti
- Merujuk kepada bumi
- Dewa yang memelihara di bumi
- Digunakan sejak zaman Dinasti Shang sebagai Shang Di

5.3 Dao @ Tao
- Merujuk kepada lorong atau jalan
- Iaitu satu jalan atau cara kelakuan @ tabiat baik @ jahat
- Menurut Konfisius : konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh individu, ia sejenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
- Menurut Daoisme : secara metafizik, iaitu punca utama kehidupan (Tuhan) & pencapaian ketahap penyatuan dengan Dao (to become one with Dao) merupakan pencapaian tertinggi dalam pembinaan diri seseorang. T’ien dan Di juga berasal dari Dao

5.4 Konsep Yin & Yang
- Percaya perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang.
- Yin : perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut, dll.
- Yang : lelaki, panas, aktif, cerah, kering, dll.
- Membayangkan bahawa dunia ini adalah dunia dualisme. Iaitu segala fenomena mempunyai dua yang berbeza seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki dan perempuan dan sebagainya.
- Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme

5.5 Konsep Zhung – Yong (The Golden Mean)
- Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.
- Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian
- Konsep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa.

5.6 Konsep datung @ Ta T’ung (The Grand Unity)
Pencapaian yang paling sempurna iaitu tahap keharmonian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Iaitu dunia boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara adil.

Kata Konfusius:- “apabila Jalang agung ini diamalkan, dunia ini akan dikongsi oleh semua pihak dengan adil & saksama. Mereka yang berkebolehan & mulia perlakuannya akan diletakkan pada jawatan yang sesuai dengannya. Manusia akan melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas dan duduk besama-sama mereka dengan penuh kasih sayang …….tidak membezakan, tidak membazir, tiada maksiat, tiada pembenrontakan, sehingga pintu luar dibiarkan tanpa berkunci. )

6. NILAI-NILAI MURNI

6.1 Konsep Wu Lan (Lima Hubungan)
Lima hubungan asas manusia ialah:
- Hubungan antara suami dan isteri
- Hubungan antara bapa dan anak - Kekeluargaan
- Hubungan antara adik-beradik
- Hubungan antara sahabat (masyarakat)
- Hubungan antara pemerintah dan rakyat

6.2 KONSEP REN (Kemanusian)
- Nilai kasih/ cinta kepada manusia
- Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri & memandang tinggi martabat manusia
- Membezakan manusia dengan haiwan
- Kata Konfusius; “Jangan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada anda”

Asas kepada Ren ialah;
- Konsep Zhong (ketaatan)
- Kata-kata Konfusius: Apa yang ingin kita lakukan untuk diri kita, kita lakukan juga untuk orang lain, apa yang kita ingin sempurnakan untuk diri kita, kita sempurnakan juga untuk orang lain”
- Konsep Shu (kemaafan)
- Konsep Xiao (berbakti)
- Konsep Di (hormat)

6.3 Konsep Li (Tatasusila)
- Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin
- Merujuk kepada adat istiadat
- Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.

Konfusius mengemukakan 3 ciri-ciri Li
- Peraturan hubungan antara manusia dengan Tuhan, iaitu mementingkan aspek perasaan dan naluri
- Peraturan hubungan antara manusia dengan manusia, iaitu penghormatan kepada manusia.
- Peraturan hubungan dalam politik, iaitu akhlak seiring dengan kepimpinan. Konfusius menekankan kepimpinan melalui teladan.

6.4 Zhong Yong (Kesederhanaan)
- Cara untuk pertahankan Li dan menjaga Ren
- Maksud : Zhong = ‘tengah’ & Yong =‘biasa’
- Asas untuk menjadi manusia yang baik, membangunkan diri dan mengendalikan hubungan antara manusia
- Konfusius menekankan keseimbangan, bertolak ansur, ikhlas, Kata-kata Konfisius :- “Membazir berlebih-lebihan menampakkan kesombongan dan berjimat – cermat menampakkan kepapaan, berbanding dengan kesombongan saya lebih rela kelihatan papa”.

PEMIKIRAN POLITIK KONFUSIUS
- REN – nilai asas yang boleh membawa kepada terbentuknya kerajaan yang berkebajikan (RENZHENG). REN membawa sifat baik hati, baik budi, kejituan, betul, perlindungan, kekuasaan, ihsan & harga diri dari pemerintah kepada rakyat.
- TE – ‘Kekuatan @ Kekuasaan” inti kekuatan manusia terletak kepada kekuatan rohani (faculty of mind), kekerasan tidak dapat selama-lamanya memaksa rakyat untuk taat. Kekuasaan melalui nilai kejiwaan akan dapat membentuk kesetiaan rakyat tanpa paksaan
- ZHENG MING – peranan dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut nama/jawatan yang disandang. Kata-kata Konfusius; “Raja sebagai raja, Pembesar sebagai pembesar, Ayah sebagai ayah, anak sebagai anak”
- LI – pemerintahan bertatasusila, pembesar berkhidmat berlandaskan ketaatan dan raja melayan pembesar berdasarkan tatasusila (adat & adab)

7. PEMIKIRAN PENDIDIKAN KONFUSIUS
- Pendidikan sangat penting dan nilainya sama dengan ekonomi dan politik.
- Tujuan Pendidikan
- Melahirkan JUN ZI (orang budiman) & SHI (cendikiawan)

JUN ZI mempunyai 3 peranan :-
- Mempelajari ilmu
- Memperbaiki diri
- Mentadbir manusia

SHI adalah pembnatu JUN ZI & bakal menjadi JUN ZI

Terdapat 3 kategori SHI;
- Memegang tugas diplomatik & politik
- Mempunyai kualiti akhlak XIAO (taat) & DI (hormat)
- Mempunyai sifat amanah dan sanggup melaksanakannya

Saranan Konfusius dalam Pengajaran & pembelajaran terdapat 4 ciri yang mesti berlaku :-
- Banyak mendengar
- Banyak melihat
- Banyak Bertanya
- Banyak mengenali

Konfusius meletakkan etika kejujuran dalam pembelajaran supaya tidak berlaku penipuan.

KESIMPULAN
Masyarakat Cina telah menginterpretasi banyak nilai-nilai yang dianggap murni yang telah dikemukakan oleh Konfusius untuk membina diri, keluarga, masyarakat dan negara. Nilai-nilai murni ini ada persamaaan dengan ajaran Islam.

BAHAGIAN EMPAT
SUMBANGAN TAMADUN CHINA

PENGENALAN
Tamadun china merupakan salah satu tamadun tertua di dunia. Sumbangan dan pencapaiannya adalah setanding dengan tamadun dunia lain. Keunikan Tamadun China ialah ketahananya sepanjang masa. Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih kekal sehingga sekarang.

Pengaruh tamadun China amat ketara dan telah dijadikan model bagi kerajaan-kerajaan seperti Jepun, Korea dan Vietnam. Penyebarannya berlaku secara tidak langsung ke seluruh dunia, kewujudan China town di beberapa negara maju membuktikannya. Budaya China dikagumi khususnya dalam bidang perubatan, ilmu pengetahuan, penciptaan dan perkembangan teknologi serta falsafahnya.





SENIBINA TEMBOK BESAR CHINA
Kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming. Ia dibina untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak Turkic. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan.

Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara. Panjang tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.



BAHAN PERCETAKAN KERTAS
Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman Dinasti Tang. Manakala kertas dicipta lebih awal daripada penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada tamadun Barat kerana bermulanya Zaman Reformasi di Eropah.


Kertas pertama di dunia

BAHAN API / MERCUN
Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikut-pengikut Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata.

KOMPAS
Penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara-selatan yang diletakkan batu lod. Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas pertama dicipta oleh penduduk China diperbuat dari kayu dan sebatang sudu magnet.



PEPERIKSAAN AWAM CHINA
Matlamat utama pendidikan di China ialah lulus peperiksaan awam.
Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertua di China.
Terdiri daripada 3 tahap
- Hsiu Tai – Setaraf dengan ijazah pertama
- Chun-Jen – Setaraf dengan sarjana
- Chin Shih – Setaraf dengan doktor falsafah

PERTANIAN
Kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan.

KOLAR KUDA
Kolar kuda merupakan sumbangan tamadun China yang direka untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong berkuda dan penyisir tanah.

SAINS DAN TEKNOLOGI
Sumbangan tamadun China dalam sains dan teknologi (ilmu pengetahuan):
- Bidang Perubatan
- Bidang Matematik
- Bidang Astronomi
- Fizik
- Biology

BIDANG PERUBATAN
Bermula sejak kurun ke-2 masihi. Karya perubatan yang terkenal. Inner Cannon – Rekod teori-teori perubatan China. Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – Kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman. Treaties on Disease Caused by Cold Factors – Ditulis oleh Chang Chung Ching. Material Madica – Ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensiklopedia yang mengandungi hampir 2,000 jenis perubatan.

BIDANG MATEMATIK
Dua karya matematik yang terkenal
- Chou Pei Suan King – Mengenai kelendar, cara tentukan masa melalui ayunan.
- Chiu Chan Suan Shu – Mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.
Ahli matematik China yang terkenal
- Liu Hiu
- Li Zhi
- Li Shanlan

BIDANG ASTRONOMI
Pada dinasti Chou, pembuatan katalog bintang, kejadian gerhana, komet dan penggunaan genomon serta clepsydra diaplikasikan.

KESIMPULAN
Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Ia banyak memberi sumbangan sains dan teknologi dunia. Hasil interaksi antara tamadun dan sikap keterbukaan terhadap tamadun lain membawa keagongan kepada tamadun China.

Tamadun China tidak hanya menekankan aspek ekonomi semata-mata tetapi juga pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain. Relevensinya dapat dilihat dalam pelbagai aspek saperti ekonomi, politik, sosial dan etika, pendidikan dan kekeluargaan.Maka sewajarnya kita menuntut ilmu sampai ke negeri China.

BAHAGIAN LIMA

ISLAM DI CHINA
- Sejarah Islam di China
o Teori Kedatangan Islam di China
o Perkembangan Islam di China
o Faktor Pemangkin Islamisasi
- Tokoh-tokoh Islam di China
- Sumbangan Islam di China

PENGENALAN
China adalah antara negara paling awal menerima kedatangan Islam. Islam sampai ke negara itu melalui perjuangan dan usaha gigih sahabat Rasulullah. Sumbangan Islam kepada peradaban China sangat besar dan tidak boleh dipadamkan dari catatan sejarah.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA
1. Berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan catatan sejarah Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti Tang (618-905M) bahawa telah ada kapal dagangan China sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah ada penempatan orang Arab di sekitar pelabuhan utama di China.

2. Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M.

Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se.

3. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M.

4. Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo.

5. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.

PERINGKAT PERKEMBANGAN



DINASTI SUNG (960-1279M)
Dinasti yang berjaya menyatukan kerajaan kecil di China. Aktiviti perdagangan antara orang Arab dan Cina semakin meluas. Pedagang asing diberikan perlindungan oleh pemerintah, dibenarkan berkampung dan bebas berdagang. Ramai pedagang Islam datang dan ini meluaskan proses penyebaran Islam.

DINASTI YUAN (1127-1368M)
Didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis Khan). Zaman Kublai Khan, kawasan selatan China pula tewas pada 1279M. Dinasti Yuan memerintah seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik (mendapat kedudukan tinggi). Mempengaruhi penduduk tempatan untuk masuk Islam.

DINASTI MING (1368-1644M)
Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besar masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina. Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains Islam bergiat cergas.

DINASTI CHING (1644- 1912M)
Ditadbir oleh orang Manchu. Kedudukan orang Islam tergugat. Diskriminasi terhadap orang Islam, terutama yang bukan Cina. Berlaku reformasi yang dilakukan oleh orang Islam menyebabkan berjuta rakyat Islam terbunuh

KERAJAAN REPUBLIK (1911 M)


1911M- Sun Yat Sen menubuhkan sebuah kerajaan republik.
Kerajaan ini membahagikan rakyat kepada 5 jenis
- Han (China)
- Man ( Manchu)
- Meng (Monggol)
- Hui (Islam)
- Tzang (Tibet)
Ini telah memperbaiki hubungan dan peluang penyebaran Islam.
Banyak sekolah dan organisasi Islam ditubuhkan, seperti:
- The Chinese Muslim Promotion Club
- Chinese Muslim Federation

REVOLUSI KEBUDAYAAN (1949- 1976 M)

- 1949M- China jatuh ke tangan komunis (pemimpin- Mao Zedong).
- Penduduk diseksa dan tertindas.
- Ideology Karl Marx dan Mao wajib dipelajari.
- Melarang semua bentuk agama dan fahaman.
- Masjid- masjid dikerahkan tutup dan dijadikan ladang babi.
- Imam dan guru- dipaksa menjadi penyelia kandang babi.
- 1976M- revolusi kebudayaan tamat (Mao Zedong mati).
- Islam bergiat kembali.

FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI CHINA


TOKOH-TOKOH ISLAM DI CHINA

LAKSAMANA CHENG HO
Ma San Pao (nama asal). Keturunan Sino Arab dari Yunnan. Menjadi laksamana selama 30 tahun.
Misi- misi:
- 7 pelayaran- singgah di 30 negara Asia (termasuk Melaka) dan Afrika.
- Misi haji.
Sumbangan kepada kebudayaan Islam:
- Meletak batu asas pertukaran budaya di bumi Melayu.
- Memperluaskan budaya berdagang dan berlayar.
- Mencatat arah layar, mata angin, jarak perjalanan & tempat- tempat perhentian.

YUSOF MA ZHU (1640- 1711)
Dilahirkan di Yunnan.
Bergaul dengan ulama Islam (belajar sastera Arab dan Parsi).
Mengajar di Akademi Maharaja.
Membuat penyelidikan mengenai Islam.
Karya agung: Arah Islam (berkaitan sejarah, falsafah, Islamic law)


LIU ZHI (1665- 1745)
Dilahirkan di Nanjing.
Dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam kerana pengetahuan Islam yang luas.
Karya agung- Tian Fang Jian Li (Etika dalam Islam).
Kejayaan- berjaya memahami manusia dari perspektif Islam.

YUSOF MA DEXING (1794-1874)
Dikenali sebagai Ma Fuchu di Yunnan.
Tinggal di Arab- 8 tahun.
Terlibat dalam Pemberontakan Orang Islam (1862-1872- Yunnan).
Dibunuh oleh rejim Ching.
Terkenal kerana pengetahuan Islam dan kefasihan (bahasa Arab dan Parsi).
Karya agung:
Kitab Ajaran Suci (terjemahan Al-Quran, Nahu, Sarf)
Sumbangan kepada Kebudayaan Islam:
Menterjemahkan Al-Quran
Menulis buku- buku Islam (bahasa Arab dan Parsi)

SUMBANGAN ISLAM DI CHINA

ASTRONOMI
Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan).
Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin).
Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.


MATEMATIK
Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri.


PELAYARAN
Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran.
Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China.
Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air.

PERUBATAN
Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China.
Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.
Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung.

PEMBINAAN
Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).

KESIMPULAN
Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.